KEPUTUSAN LEBIH BAIK DARI TAHUN LEPAS. TERBAIK TEAM.
KEPUTUSAN
SRITIN (1) VS (0) SJKT WEST COUNTRY
SRITIN (0) VS (5) SK BBB
SRITIN (2) VS (2) SK KAJANG UTAMA
KEPUTUSAN LEBIH BAIK DARI TAHUN LEPAS. TERBAIK TEAM.
KEPUTUSAN
SRITIN (1) VS (0) SJKT WEST COUNTRY
SRITIN (0) VS (5) SK BBB
SRITIN (2) VS (2) SK KAJANG UTAMA
MAKLUMAN KEPUTUSAN UJIAN KELAYAKAN KEMASUKAN SRITIN 2020
ASSALAMU'ALAIKUM,
IBU BAPA/PENJAGA CALON MURID SRITIN,
SESI KEMASUKAN 2020
1) TUAN/PUAN BOLEH RUJUK KEPUTUSAN UJIAN KELAYAKAN PADA 7 OKTOBER 2019 (ISNIN) MELALUI FB RASMI 
ATAU
LINK 'STATUS REGISTRATION'
2) BAGI MURID YANG LULUS DAN DITERIMA MASUK KE SRITIN 2020, PIHAK SEKOLAH AKAN MENJEMPUT TUAN/PUAN MASUK KE GROUP WHATSAPP BAGI TUJUAN MENDAPATKAN MAKLUM BALAS TAWARAN KEMASUKAN KE SRITIN 2020 MELALUI LINK GOOGLE FORM YANG AKAN DISAMPAIKAN NANTI (TEMPOH MAKLUM BALAS: 7-11 OKTOBER 2019)
3) BAGI MURID YANG GAGAL DAN TIDAK DITERIMA MASUK, PIHAK SEKOLAH MENETAPKAN TEMPOH RAYUAN TAWARAN ADALAH PADA 14-18 OKTOBER 2019.
4) MURID-MURID YANG DITERIMA MASUK KE SRITIN BAGI SESI 2020, IBU BAPA/PENJAGA DIKEHENDAKI MEMBAYAR DEPOSIT YURAN PENDAFTARAN RM300 SEBELUM 25 OKTOBER 2019 DAN BAYARAN PENUH YURAN PENDAFTARAN SEBELUM 27 DISEMBER 2019 (SELEPAS MEMBERI MAKLUM BALAS TAWARAN KEMASUKAN KEPADA PIHAK SEKOLAH, SEPERTI YANG DINYATAKAN DI POINT NO.2).
TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN, JAZAKUMULLAH KHAIRAN JAZA'.
PADA 21/9/2019 TELAH BERLANGSUNGNYA HARI UJIAN KEMASUKAN MURID BARU SESI 2020.SERAMAI DARIPADA 190 CALON YANG BERDAFTAR,SERAMAI 150 CALON YANG HADIR.
NAMUN,PIHAK PENGAMBILAN SESI 2020 HANYA 125 MURID. IBU/BAPA BOLEH MULA MENYEMAK KEPUTUSAN PADA 7 OKTOBER MELALUI PAUTAN BERIKUT
 
-SRITIN SEMASA-
JUMAAT 6 SEPT, PIHAK SRITIN TELAH MENERIMA KUNJUNGAN DARIPADA SEKOLAH SRITI ILMI SKUDAI, JOHOR. ROMBONGAN TERDIRI DARIPADA 10 GURU DAN 40 ORANG MURID TAHUN 1 HINGGA 4. PIHAK SEKOLAH TELAH MENYEDIAKAN PERSEMBAHAN SILAT DARIPADA BAKAT SILAT DAN ENGLISH SONG DARIPADA TAHUN 2 SERTA TILAWAH AL-QURAN DARIPADA ADIK AMRU KHOLID DR TAHUN 3. PIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA WARGA SRITI SKUDAI ATAS KUNJUNGAN MEREKA.
SEMOGA KITA BERTEMU LAGI.
-SMITIN SEMASA-
MINGGU INI PIHAK SEKOLAH TELAH MENYUSUN PROGRAM MINGGU KESEDARAN REMAJA ISLAM. TUJUANNYA ADALAH UNTUK MENDEDAHKAN KEPADA WARGA SMITIN TENTANG ISU - ISU SEMASA YANG MELIBATKAN KESIHATAN, PERUNDANGAN DAN AGAMA.JUSTERU PIHAK SEKOLAH TELAH MENJEMPUT BEBERAPA AGENSI KERAJAAN DAN PENCERAMAH UNTUK BEKERJASAMA MENJAYAKAN PROGRAM MINGGU KESEDARAN REMAJA ISLAM.
SELASA: "ROKOK DAN VAPE SERTA KESANNYA KEPADA KESIHATAN." OLEH PEGAWAI KESIHATAN, PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU LANGAT
RABU: "JENAYAH JUVANA" OLEH PEGAWAI SIASATAN JENAYAH, IPD KAJANG.
KHAMIS: "SENARIO SEMASA ANCAMAN DADAH KEPADA REMAJA" OLEH PEGAWAI ANTIDADAH, AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH HULU LANGAT.
JUMAAT: CERAMAH KESEDARAN REMAJA OLEH UST AIZUDDIN HAMID, TARBIYAH SENTAP.
SEMOGA USAHA INI MENJENTIK KESEDARAN DALAM DIRI PELAJAR SMITIN UNTUK SENTIASA MENYAYANGI DAN MEMELIHARA DIRI DARIPADA BAHAYA SEMASA.
ALHAMDULILLAH. KHAMIS 29 OGOS 2019. TELAH BERLANGSUNG MAJLIS SOLAT HAJAT SERTA BACAAN YASSIN UNTUK PEPERIKSAAN UPSR DAN PSRA 2019. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN IBU BAPA/PENJAGA DAN GURU-GURU YANG MENJAYAKAN MAJLIS INI. MARI LAH KITA SAMA-SAMA DOAKAN ANAK-ANAK INI DIPERMUDAHKAN UNTUK MENGAHADAPI PEPERIKSAAN.
ALHAMDULILLAH. HARI INI BERLANGSUNG KURSUS JENAZAH UNTUK MURID- MURID TAHUN 5 SRITIN. SEMOGA PENDEDAHAN SECARA TEORI DAN AMALI INI DAPAT MEMBERI KESEDARAN TENTANG PENTINGNYA MENGURUSKAN JENAZAH. CERAMAH DISAMPAIKAN OLEH USTAZ AHMAD FAHMI MOHAMAD. IMAM MASJID BANDAR SERI PUTRA. TERIMA KASIH SEMUA.