:
PENGENALAN


                                                                           PENGENALAN

Sekolah Rendah Integrasi Ilmuwan ditubuhkan pada 1 Ogos 2010 bersamaan 21 Sya’aban 1431, hasil dari inisiatif pihak Ikatan Ilmuan Nasional (ILMUAN) yang diteraju oleh Almarhum Prof Dr Mohamad Khazani bin Abdullah untuk mewujudkan suatu sistem persekolahan yang bersepadu di antara akademik dan agama yang akhirnya mampu melahirkan insan yang cemerlang dalam menghayati cara hidup Islam yang sempurna. Sekolah Islam di bawah naungan ILMUAN ini terdiri daripada dua peringkat persekolahan, iaitu Sekolah Rendah (SRITI) dan Sekolah Menengah (SMITI).

Logo pertama SRITI dicipta oleh Dr Mohd Asyrif

Pada November 2018 tercetusnya idea penukaran nama SRITI dan SMITI kepada SRITIN SMITIN bertujuan untuk membezakan sistem yang diguna pakai oleh pihak SRITIN /SMITIN dengan sekolah sekolah SRITI di bawah kelolaan PEMUDA PAS PUSAT.