:
JAWI KEYBOARDS

Ramai yang tanya bagaimana cara install jawi di laptop atau komputer, adakah sekadar memasukkan Font Jawi sudah boleh taip jawi? Adakah wujud satu standard penulisan jawi yang selaras di seluruh negara?

Penulisan huruf jawi sentiasa berkembang dari masa ke semasa. Bermula dari ejaan jawi lama, jawi zaaba dan kini jawi baharu yang telah dimurnikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Selain penulisan tangan, tulisan jawi juga boleh ditaip di komputer menggunakan perisian seperti Microsoft Office Word, Excel, Powerpoint dan Acces. Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, ia juga turut boleh digunakan di Smartphone, boleh taip tulisan jawi di Whatsapp ataupun Telegram.

Cara Install Tulisan Jawi Dalam Komputer

  • Untuk memastikan anda dapat menaip tulisan jawi dengan baik dan tepat di komputer, anda perlu memasukkan perisian berikut:

 

JAWI KEYBOARD - Download

 

  • Setelah anda berjaya memut turun perisian di atas, Extract File tersebut. Untuk Extract boleh gunakan Winrar / Winzip
  • Kemudian buka file tersebut, klik pada ‘Setup’, paparan Welcome to Jawi UKM 2017 Setup Wizard akan dipaparkan

 

 

  • Install file tersebut kemudian tekan finish.
  • Anda boleh semak di taskbar (bawah sebelah jam), ada keyboard Jawi UKM (Rujuk Gambar)
  • Masukkan juga Arabic Keyboard 101 (untuk penulisan arab) – (Control Panel -> Clock, Language, and Region -> Change keyboards and other input methods – Tick pada Arabic 101)

 

 

 

Jika anda menggunakan Windows 10, paparan adalah seperti gambar di atas. Jika Windows 7, anda perlu klik pada logo keyboard yang turut ada di taskbar.

Jika sudah ada ia bermakna anda telah berjaya memasukkan Keyboard Jawi pada komputer / laptop anda.

Namun begitu, anda juga perlu ada beberapa Font Jawi yang support keyboard ini. Font yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Font Arabic Typesetting
  • Font Jawi Uthman Taha
  • Font Lateef
  • Font Sakkal Majalla
  • Font Scheherazade  

 

FONT JAWI - DOWNLOAD

 

 

Cara masukkan Font ke dalam komputer

Font yang telah dimuat turun tadi, copy dan paste ke dalam folder FONT. Folder ini ada di dalam Control Panel. Buka Control Panel – Font – (Paste, gunakan CNTRL + V)

­Jawi JawiUthmanTaha: Ia mempunyai kelebihan dimana huruf hamza akan “naik” pada kedudukan yang betul untuk perkataan-perkataan Jawi yang menggunakan hamza.

Bagaiman cara untuk mulakan penulisan menggunakan Software Jawi ini?

  • Contoh ketika menggunakan Microsoft Word. Buka Word, tukarkan Bahasa di taskbar, EN kepada Jawi UKM Keyboard.
  • Kemudian, tukarkan font, boleh pilih mana-mana font yang telah anda masukkan tadi.

­Huruf Jawi di Keyboard

Huruf jawi di keyboard anda sebenarnya sama seperti huruf keyboard Arabic 101, tetapi ada penambahan huruf Jawi. Anda perlu menekan Shift untuk menaip huruf tambahan tersebut.

Penggunaan Software Jawi UKM ini adalah menepati Standard penulisan jawi yang sebenar selaras dengan perkembangan semasa.

Namun begitu, berdasarkan pemerhatian dan tinjauan, terdapat di kalangan guru-guru Pendidikan Islam khususnya yang masih menggunakan Font seperti Jawi Biasa2.

Perkara ini dapat dilihat dari penghasilan RPT dan RPH contohnya, bagi memastikan perubahan kepada sistem penulisan jawi yang baik, kita berharap semua GPI dapat menggunakan Jawi UKM 2017 ini dan elakkan menggunakan Jawi Biasa2.

Kerana sekiranya anda menaip sesuatu dokumen menggunakan Jawi UKM, dan menbukanya di komputer lain yang tidak ada software ini, ia tetap dapat dibaca seperti asal.

­Selain daripada itu, ia juga dapat menaip huruf jawi dan huruf arab tanpa anda perlu menukar kepada font Traditional Arabic. Tidak seperti Jawi Biasa2 yang memerlukan anda menukar font arabic pada perkataan arab.

­Terima Kasih kepada Munsyi Dewan (Jawi), UKM, dan semua yang terlibat dalam menghasilkan Software Jawi ini.

Kredit / Rujukan: http://www.jawiware.org